BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Dari aku

Monggo mampir..... ada berita yang ingin disampaikan, ada cerita yang ingin dikongsi, ada maklumat yang mungkin berguna atau mungkin sekadar sembang-sembang kosong mengisi masa lapang dari catatan aku yang berada di kampung buat sahabat dan teman-teman diperantuan. Semoga dalam kesibukan kerja seharian dapat sejenak melepas kerinduan.

Ahad, 12 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari raya dah nak masuk hari keempat. Masih belum terlewat untuk aku menghulur tangan, menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan kepada semua sekiranya aku serta keluargaku pernah melakukan apa-apa kesilapan dan kesalahan samada kami sedari atau tidak dan yang mana termakan dan terminum tu mintak dihalalkan juga.
Tahun ni 1 syawal jatuh pada hari jumaat, maka aktiviti pagi 1 syawal menjadi amat padat. Seawal 6.30 pagi aku dah berkunjung ke pusara emak, abah, atok dan kakak. Balik dari tanah wakaf aku sekeluarga bersarapan sebelum ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Balik dari masjid kami berkumpul dirumah abang bersama adik beradik yang lain, cuma yang tidak ada kak ngah ngan suami dia. Itu pun disebabkan abang iparku tu menjalani pembedahan mata. Walaubagaimanapun anak-anak mereka telah sampai awal bersama adik bongsuku. Seterusnya aku, abang, adik dan anak-anak buahku yang lelaki bergerak ke rumah Haji Abas untuk aktiviti marhaban.
Disebabkan masa yang begitu terhad maka kunjungan dibuat secepat mungkin dengan bacaan selawat yang diringkaskan. Jam 12.00 tengah hari kami telah pun sampai ke rumah terakhir. Blok-blok lain juga mengadakan program marhaban pada pagi itu kecuali Kg. Agas dan Kg. Gajah I yang diadakan di sebelah petang.
Hari kedua giliran kaum wanita untuk membuat kunjugan marhaban, jadi tugas aku pulak duduk kat rumah. Menjelang tengah hari mereka telah pun selesai. Aku merasakan program ini amat perlu diteruskan kerana ianya dapat menjalinkan dan mengeratkan ikatan silaturrahim sesama jiran tanpa mengira usia . Percayalah jika tiada program sedemikian amat sukar untuk kita berkunjung kerumah jiran tetangga walaupun dimusim hari raya ini. Program ini juga dapat menemukan kembali anak-anak diperantauan yang sememangnya sukar untuk bertemu lantaran kesibukan kerja masing-masing. Walaupun ianya tidak semeriah marhaban dikampung-kampung tradisional namun ianya cukup bermakna bagi membangkitkan semangat aidilfitri itu sendiri. Disamping ianya juga dapat menggamit generasi baru terutamanya anak-anak kecil untuk pulang berhari raya dikampung.
Salam Aidil Fitri - Maaf Zahir Batin

Rabu, 25 Ogos 2010

Adusss.......

Hari ni bila aku keluar jer rumah aku tengok bulan mengambang penuh di ufuk timur menandakan bulan puasa dah masuk setengah bulan. Itu juga bermaksud hari raya cuma tinggal setengah bulan jugak. Cepatnya masa berlalu.
Semasa menuju ke kedai aku lihat ada rumah yang telah memasang pelita. Amboi cepatnya nak beraya. He he ni bukan nak sambut malam tujuh likur ni. Malam lima belas likur kot. Sebut pasal pelita raya ni aku memang dah lama tak pasang pelita raya. Satu, aku malas nak isi minyak. Dua, kalau hari hujan dan tak sempat nak angkat atau sekarang ni diorang 'cover' guna botol air mineral yang kecil dipotong separuh. Bila sumbu dia basah pelita tak hidup. Kena tukar sumbu atau jemur bagi dia kering. Tiga, minyak tanah sekarang ni lebih mahal dari petrol. Jadi untuk bahan bakar terpaksa guna minyak diesel. Berjelaga. Dan yang keempat sebab aku guna pelita elektrik.
Apa yang best, satu, sekali petik hidup semua. Dua, pelita aku boleh hidup dalam hujan. Tiga, angin ribut pelita ku tak mati. Empat yang paling best, bebudak tak boleh bakar bunga api dan mercun guna pelita aku. Wakaka... Opsss ada satu lagi, mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Semakin dekat nak raya ni semakin banyak sumbangan untuk anak-anak yatim, fakir miskin, OKU dan tak lupa juga ibu-ibu tunggal. Hari semalam majlis penyerahan sumbangan kepada golongan berkenaan oleh pihak Selia Selenggara yang diadakan di Masjid Jamek As-Solihin Felda Bukit Permai. Semoga sumbangan berkenaan dapat meringankan sedikit bebanan serta menceriakan golongan berkenaan.
Semakin dekat nak raya ni juga, jangan lupa tanggung jawab untuk membayar zakat fitrah. Untuk warga Johor yang makan Beras Nasional kadar zakat fitrah adalah RM 5.00 manakala yang makan beras selain dari Beras Nasional, kadar zakat fitrah adalah RM 7.50. Jangan tunggu hingga saat-saat akhir kot terlupa nanti dek sibuk buat persediaan raya, tergantung amalan puasa kita.
Hari ni pulak ada gangguan bekalan air dari jam 9.00 malam hinga 9.00 pagi esok. Entah bila notis gangguan ni diedarkan aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu jam 10.00alam bila aku buka paip air untuk cuci cawan, air dah tak ada. Aduss... aku tak simpan air pulak tu. Haru betul. Aku tanya kenkawan yang ngeteh kat kedai aku, diorang pun tak tahu ada ganguan ni. Biasanya notis dihantar terutamanya di kedai-kedai dan dilekatkan di papan kenyataan, tapi bila aku tanya kedai bersebelahan, jawapannya pun sama. Tak tahu. Ni mesti ada yang tuang kerja. Tak sampaikan amanah dan menyusahkan ramai orang. Hu hu besok ler jawabnya aku basuh cawan tu....... ADUSSSS.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sekadar catitan

Sememangnya masa berlalu begitu pantas dan sememangnya tidak terdaya untuk kita mengejarnya. Demikian juga tak terasa telah lebih sebulan aku tidak menjenguk blog aku ni. Aktiviti dikampung berjalan seperti biasa cuma aku yang kekadang terlepas untuk sama-sama menyertainya.
Masjid As-Solihin Felda Bukit Permai diiktiraf antara yang terbaik
Antara yang menarik dan rasanya paling manis kejayaan masjid jamek Felda Bukit Permai masjid As-Solihin termasuk didalam 10 buah masjid terbaik rancangan Felda seluruh Malaysia. Tahniah kepada pengerusi badan masjid Tn Hj. Raja Ahmad Bin Raja Chah atau Pak Raja diatas pengiktirafan tersebut. Mungkin tidak ramai yang menyedari adanya pertandingan tersebut tapi itulah hakikat yang perlu kita akui disaat kita sibuk ada lagi insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mengharumkan nama kampung kita ini. Tahniah juga kepada mereka yang bertungkus -lumus bergotong-royong mengindahkan kawasan masjid.
Hari terbuka PJK Bukit Permai
Kepada Bro Haris dan Khir tahniah kerana berjaya menganjurkan hari terbuka PJK Felda Bukit Permai. Maaf kerana aku tak dapat hadir disebabkan kesibukan tugas baru aku yang sukar untuk dibuat perancangannya. Sebagai percubaan pertama memang terdapat sedikit sebanyak kekurangannya namun itu merupakan satu permulaan yang baik. Tahniah.
Serangan Ganoderma
Baru-baru ini dalam mesyuarat JKKK pihak pengurusan felda telah mengarahkan kepada ketua-ketua blok untuk memanjangkan kepada pemilik ladang sawit untuk memandakan pokok-pokok sawit yang diserang cendawan ganoderma. Sememangnya ancaman cendawan ini semakin serius jika tidak dikawal secepat mungkin. Pokok-pokok yang telah diserang cendawan ini biasanya boleh dikenalpasti dengan pelepahnya yang terkulai dan akhirnya batang pokok berkenaan akan patah.
Pokok-pokok yang dikenalpasti diserang oleh cendawan ini haruslah ditandakan dengan melilit plastik merah-putih dan kuantitinya di berikan kepada ketua blok masing-masing supaya pihak felda boleh menguruskan untuk memusnahkan pokok-pokok tersebut. Segala perbelanjaan untuk memusnahkan pokok-pokok berkenaan akan ditanggung oleh felda melalui insuran ladang.
Tanah generasi kedua
Kepada pemohon-pemohon tanah yang masih belum menjelaskan bayaran premium tanah berkeaan hendaklah menjelaskannya secepat mungkin. Walaupun pihak ketua kampung telah memohon untuk melanjutkan tempoh untuk tiga bulan lagi bukan bermakna ianya boleh dibuat sambil lewa sahaja kerana ianya akan turut menjejaskan perjalanan proses seterusnya iaitu untuk kerja-kerja mengukur tanah dan pengeluaran surat hak milik.
Kita perlu menyegerakan proses untuk mendapatkan surat hak milik kerana ianya amat penting dalam proses untuk membangunkan kawasan berkenaan. Bagi yang mampu mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa masalah tetapi bagi yang kurang mampu surat hak milik berkenaan amat penting untuk dijadikan sandaran bagi memohon apa-apa bantuan.
Mesyuarat Agong dan Hari Anugerah Cemerlang Sek. Agama As-Solihin Felda Bukit Permai
Sabtu 7hb. Ogos 2010 merupakan hari Anugerah Cemerlang 2009 dan Mesyurat Agong kali ke-9 Sekolah Agama As-Solihin Felda Bukit Permai. Kepada ibu-bapa dapatlah sama-sama meluangkan masa untuk sama-sama menghadiri majlis berkenaan.

Selasa, 22 Jun 2010

Ahhh Tensionnya......

Salam semua, dah lama aku tak updatekan blog ni. Ntahkan sibuk, ntahkan lupa, ntah yer. Kisah tanah plot generasi kedua terus menjadi bahan yang kadangkala kedengaran hangat dibahaskan. Pejam celik, pejam celik tempoh tiga bulan yang diperuntukan untuk pembayaran premium kian hampir kepenghujungnya. Memang tak terasa masa berlalu begitu cepat.
Hari ini aku didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan seorang kawan yang membawa masalahnya yang tersendiri mengenai tanah ini. Beliau tidak berpuashati dengan keputusan undi lot yang beliau dapati tempoh hari. Kisahnya beliau sanggup turun naik ke pejabat tanah dan ke pejabat YB untuk menukar tapak lot tersebut. Apabila keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati, beliau datang kekedai aku dan mengadu masalahnya.
Maaf bro, kalau kata-kata aku memang menyakitkan hati. Memang perinsip aku kalau kamu datang secara baik akan aku sambut secara baik juga. Aku bukan sesiapa. Kehadiran aku disini hanya sekadar untuk membantu. Aku bekerja secara sukarela. Aku korbankan masa secara sukarela dan tidak meminta balasan dan tidak juga meminta ihsan. Bila-bila dan siapa juga boleh melakukannya dan aku tidak akan dan tidak ingin untuk menghalang. Silakan.
Aku memang kecewa dan kesal dengan sikap yang beliau tunjukkan. Apakah dengan berjumpa dengan YB dan ke Pejabat Tanah bersendirian mengadu ketidakpuasan hati dan ingin menukar tapak yang telah diundi dirasakan sesuatu yang betul. Peduli apa dengan orang lain yang tidak berpuas hati dengan lot yang mereka dapat tetapi akur dengan keputusan itu. Mereka hendak mereka buatlah sendiri. Ini hak aku dan aku tidak berpuas hati. Mudah sungguh kata-kata yang dilafazkan seperti hanya kamu berhak atas segalanya. Sedikit pun kamu tidak menoleh kepada saudara-saudaramu yang lain yang sama-sama mengisi borang, sama-sama pergi temuduga dan sama-sama mengundi. Bodohkah mereka kerana akur dengan keputusan undi? Dan apabila layanan yang kamu terima untuk permohonan kamu tidak seperti yang dijangkakan mengapa mengadu kepada kami. Mengapa nak mempertikaikan jawatankuasa pengelola.
Sudah aku jelaskan berulang kali kehadiran kami sebagai jawatankuasa pengelola hanya setakat majlis undi plot dan untuk seterusnya perlu ada jawatankuasa yang dilantik oleh pemohon-pemohon sendiri, kerana jawatankuasa ini perlu mandat dari semua untuk membuat keputusan. Kalau sesiapa merasa perjalanan ini lambat mengapa tidak mereka sahaja yang memulakannya. Tidak ada masa? Bukan kerja aku? Dan seribu satu alasan akan timbul. Kalau begitu kami bagaimana? Fikirkanlah. Sesuatu keputusan yang kita buat bukan hanya untuk kita sendiri tapi melibatkan semua. Semua orang ada hak yang sama. Kalau sesiapa mempunyai idea dan pendapat kongsilah bersama untuk kebaikan bersama dan bukan hanya menyalahkan orang lain untuk kepuasan sendiri.
Kepada sesiapa yang telah dapat menjelaskan bayaran tersebut tahniah. Kepada yang belum semoga kita sama-sama dapat menjelaskannya sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Kepada yang tidak berpuas hati dengan kedudukan lot yang didapati bawa-bawalah berbincang secara mesyuarah bukan secara individu. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, cuma apakah cara yang terbaik untuk mengatasinya.

Isnin, 24 Mei 2010

Isnin 25 may 2010

Lama aku tak update blog ni, nak kata sibuk tak jugak, nak kata tak sibuk tak sempat plak. Walau bagaimanapun hari rabu lepas pentarama oleh kumpulan pentarama dari kementerian penerangan telah mengadakan persembahan di kampung ini. Dahulu pementasan sebegini dikenali sebagai pentas bergerak yang dipersembahkan oleh kumpulan kebudayaan felda yang kemudiannya dikenali sebagai kumpulan seni felda atau "kusni felda". Seingat aku antara artis yang pernah sama-sama mengikuti rombongan tersebut termasuklah Datuk Ahmad Nawab, AR Badul, R Jaafar, Mak Minah Ketot dan ramai lagi. Masuk tahun lapan puluhan aku sudah tidak mendengar lagi acara seumpama itu di kampung aku ni.

Pemangku Ketua Kampung Sdr. Wagiman menyampaikan ucapan


Pada asalnya, tempat yang ingin kami tempatkan pentas ini ialah dikawasan tapak perniagaan kampung ini, tetapi keadaan permukaan tar yang tidak rata akan menyulitkan krew untuk melaras kedudukan pentas. Untuk memudahkan semua pihak, maka acara tersebut dipindahkan ke kawasan dataran belia.


Apa yang menarik sewaktu perbualan dengan ketua rombongan pentarama semasa meninjau tapak, beliau bertanyakan sekiranya ada dikalangan penduduk tempatan yang berkebolehan menyanyi bersama "live band" untuk diberikan peluang membuat persembahan. Sudah semestinya aku ada dua tiga nama yang boleh diajukan namum kemudiannya salah seorang dari rombongan tersebut mencelah kalau-kalau ada band dikalangan anak tempatan yang boleh ditonjolkan. Dari segi pertimbangan aku sekiranya diberikan kepada penyanyi sudah tentunya ianya sering dipertontonkan semasa pertandingan karaoke dan tidak begitu menarik perhatian penonton tetapi sekiranya diberikan kepada band yang terdiri dari anak-anak muda kampung ini sudah pastinya lebih menarik. Aku lantas menalipon Bro Arez kalau-kalau dia berminat dan alhamdulillah beliau beretuju. Persembahan beliau bersama kumpulannya mengkagumkan penonton ynag hadir. Tahniah untuk mereka.

Kumpulan The Daw membuat persembahan

Pada hari tersebut juga pihak Rela Kulaijaya telah mengadakan pendaftaran ahli dan aku kira sambutannya boleh dikatakan hangat juga. Kepada yang memohon untuk menjadi anggota Rela adalah diharapkan tidak hanya rela mengisi borang tapi harus juga rela apabila dipanggil bertugas. Tahniah juga kepada anggota polis dari Pondok Polis Bukit Permai Sdr. Maskam dan Sdr. Basri kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku umpamanya kekecohan mahupun pecah rumah sepanjang acara tersebut berlangsung.

Seterusnya pada hari Sabtu 22 hb. telah diadakan hari kesihatan anjuran bersama GPW , klinik desa Felda Bukit Permai dan Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya. Sambutannya amat menggalakkan. Antara pemeriksaan yang dibuat termasuklah tekanan darah, kadar gula, berat badan ideal dan pap smear. Aturcara pagi dimulakan dengan acara j-robik/poco-poco dan diikuti dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika. Ceramah berkaitan dengan denggi serta pencegahannya dan diselangi diselangi dengan kuiz. Anugerah warga emas sihat turut diadakan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn Hj. Zainal Bin Lateh pengurus rancangan Felda Bukit Permai.

Pada 23hb. pula diadakan gotong royong perdana mencegah denggi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya. Setiap rumah dibekalkan dengan plastik hitam dengan harapan masing-masing mengambil tanggungjawab untuk membersihkan rumah sendiri dari menjadi sarang pembiakan nyamuk. Lori-lori disediakan untuk memungut sampah dari rumah-kerumah untuk dikumpulkan di kawasan pengumpulan sampah di setiap blok.

Adalah diharapkan kempen sebegini dapat dimanfaatkan oleh setiap warga Felda Bukit Permai dan diteruskan dari semasa ke semasa dan tidak hanya ketika kempen dilakukan.

Isnin, 10 Mei 2010

Sikap

Semua orang ingin maju, semua orang inginkan kemajuan, inginkan pembaharuan. Masing-masing berlumba merebut setiap peluang yang ada. Ada juga yang tidak berminat untuk merebut peluang yang ada tapi lebih berminat untuk mencipta ruang dan peluang sendiri. Namun masih ada lagi yang tidak berbuat apa-apa, peluang yang datang dibiarkan berlalu pergi ruang yang ada tidak di isi. Bukan tidak tahu tetapi tidak mahu.

Dalam mengejar kemajuan perlu ada sesuatu yang kita korbankan. Sama ada pengorbanan itu perlu dilakukan yang menjadikan kita terpaksa atau sesuatu itu terkorban lantaran sikap kita. Beberapa hari yang lalu hati aku cukup panas dek sikap segelintir pemandu premix konkrit yang terbabit dalam projek membina sekolah. Cukup mudah mereka membersihkan lori mereka setelah selesai menuang premix konkrit tanpa menghiraukan kesan akibat sikap dan perbuatan mereka. Bak kata perumpamaan, seperti enau didalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Pada mereka apa yang penting kerja mereka selesai tak kira bagaimana mereka lakukan.


Ambil jalan mudah, asal pekerjaan sendiri selesai

Selesai sahaja mereka menuangkan bancuhan konkrit, mereka meningalkan tapak projek lalu berhenti dimana yang mereka suka dan seterusnya membersihkan sisa-sisa konkrit yang tertinggal dengan menuangkannya diatas jalanraya. Apa yang lebih membimbangkan sisa-sisa berkenaan dituangkan berhampiran dengan persimpangan. Cuba kita bayangkan keadaan simpang tiga yang dipenuhi dengan pasir serta kerikil kecil bukankan boleh mendatangkan kecelakaan kepada pengguna jalanraya. Apabila ditegur mereka buat tak kisah seolah-olah tiada apa salahnya perbuatan mereka itu. Mungkin sikap sebegini juga yang mereka amalkan ketika memandu. Dengan lori yang besar itu mereka merasakan seolah-olah jalanraya mereka yang punya.

Taburan kerikil kecil dan pasir membahayakan keselamatan pengguna jalanraya

Yang hairannya apabila mereka berada atau menjalankan projek di kawasan bandar tidak pula merea berani berbuat sedemikian rupa. Apabila ditegur bermacam alasan diberikan. Mungkin dalam benak pemikiran mereka di kampung tidak ada penguatkusa yang boleh mengambil tindakan dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan maka mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Inilah realiti masyarakat kita hari ini dalam menjaga kepentingan kita, kita terlupa atau sengaja memiggirkan keperluan untuk sama-sama menjaga kepentingan orang lain.

Isnin, 26 April 2010

Catatan 2:30 pagi

Lama jugak aku tak update blog ni maklumlah tidak ada aktiviti setempat buat masa ni yang hendak diulas cuma pagi tadi ada kedengaran luahan rasa tidak puas hati seseorang atau mungkin ramai lagi (yang menetap di kampung ini) berkaitan dengan bayaran RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) yang dikutip sewaktu najlis tempoh hari. Kemana perginya duit itu?
Perkara sebegini bukan baru bagi aku, dah biasa sangat dan dah lali pun tapi perlu jugak aku perjelaskan disini. RM 10 itu bukannya bertujuan untuk jamuan pemohon semata-mata. Sebagai tuan rumah yang meraikan tetamu kami juga bertanggung-jawab untuk memastikan petugas serta tetamu jemputan diberikan layanan yang sewajarnya. Tanyalah kepada individu yang kami pertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan untuk hari tersebut berbaloikan harga yang kami minta atau sekadar cukup-cukup belanja.
Pada awalnya majlis ini sepatutnya diadakan di Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya namun ianya dipindahkan ke kampung ini bagi kemudahan pemohon. Bayangkan jika kita terpaksa berada di Pejabat berkenaan seawal jam lapan pagi kemudian terpaksa menunggu sehingga selesai undian dan pembahagian sekitar jam 12 tengah hari. Adakah dengan nilai RM10 itu berbaloi sekiranya kita terpaksa pergi ke Kulai yang aku rasa akan lebih lagi pebelanjaannya. Adalah lebih baik kita buat dikampung dan kita minta petugas-petugas dari pejabat tanah untuk menjalankan urusan tersebut disini dan kita sediakan kemudahan bagi mereka menjalankan tugas dengan selesa.
Fikirkanlah, tuan-tuan hanya diminta membayar RM 10 sekadar hanya untuk datang duduk menanti giliran mencabut undi dan menerima borang 5A dan disediakan minum pagi. Kami AJK juga diwajibkan membayar RM10 namun di pertanggungjawabkan pula untuk menguruskan persiapan majlis tersebut dari mula hingga akhir. Dua hari sebelum tuan-tuan hadir kedewan tersebut kami telahpun berada disana untuk mengemas dan ketika tuan-tuan selesa meninggalkan dewan dengan borang 5A kami juga masih berada disana utuk membersih dan mengemas kepada keadaan seperti sediakala. Terimakasih tak terhingga juga kepada penyedia makan kita pada hari tersebut Haslin dan Kak Jijah yang sanggup menyediakan juadah dengan kos yang tidak begitu setimpal dengan perkhidmatan yang diberi.
Aloo pren.... cerita banyak tak naklah. Cuba fikirkan selanjutnya, jika hanya RM 10 amat berat bagi kita untuk menyumbang, bayangkan bagaimana kita nak ujudkan satu jawatankuasa yang akan dipertangunggjawabkan untuk menyelaras pembangunan tanah tersebut yang pastinya akan melibatkan kos yang tinggi. Takder yang free beb. Jadi bersyukurlah kerana masih ada lagi kawan-kawan kita yang bersedia untuk bekerja bertungkus lumus secara sukarela dan masih boleh berlebih kurang.

Jumaat, 16 April 2010

Kisah Tanah Lot Lagi

Masih menjadi topik perbualan hangat di kedai kopi, kali ini berkisar tentang kedudukan lot-lot yang telah masing-masing diperolehi. Apa tidaknya ada yang amat berpuas hati dengan lot tanah yang mereka perolehi ada pula yang amat tidak berpuas hati dengan tanah yang mereka perolehi. Bukan mudah untuk memujuk mereka yang tidak berpuas hati dengan kedudukan tanah yang mereka perolehi itu maklumler ada yang berhampiran dengan tanah wakaf, ada yang terletak di cerun yang curam dan ada yang terletak didalam gaung. Gaung? Ntah gaung mana agaknya. Aku pun tak tahu macam mana nak memperjelaskan kepada orang yang sengaja tidak mahu faham.Tapi aku paling sakit hati bila ada diantara batu-batu api yang cuba untuk mengelirukan pemohon dan akhirnya menyebabkan perasaan mereka berbelah bagi dan fikiran mereka berkecamuk.
Halooo, beb ni bukan zaman kita pegang cangkul dan garpu untuk menimbus lubang apatah lagi untuk menimbus gaung atau menarah bukit. Inilah masanya kita buktikan yang melayu itu bermuafakat. Mana bidalan yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah atau hanya omongan kosong atau sekadar bidalan yang telah lapuk dek kerana hujan dan yang lekang dek kerana panas. Lebih parah yang menjadi batu api ni adalah dikalangan yang bergelar peneroka. Ibarat api didalam sekam, membarah didalam dan merosakkan. Sepatutnya berilah sokongan, dorongan dan peluang kepada mereka merencana masa depan mereka sendiri. Ada pula pemohon yang takut dengan momokan orang al maklumlah lot yang didapati berdekatan dengan tanah perkuburan.
Kepada pemohon yang telah mencabut undi, kitalah yang menentukan hala tuju kita sendiri. Namun perlu diingat kita bukanlah hidup sendirian dan kita tak akan mampu untuk membangunkan tanah itu sendirian. Perlu ada muafakat. Kita tidak boleh senyum seandainya lot yang kita dapati itu terletak di kawasan yang tinggi dan kita tak perlu risau jika lot yang kita dapati itu berdekatan dengan gaung. Yang duduk diatas bukit perlu menolak tanah dan yang digaung memerlukan tanah. Sebenarnya kita saling memerlukan demi untuk satu tujuan - membina tapak rumah.
Apapun yang kita rancangkan tidak mungkin menjadi kenyataan seandainya premium gagal kita jelaskan dalam masa yang ditetapkan. Ingatlah peluang tak selalu datang dan peluang yang datang teramat rugi jikalau dipersiakan kerana ianya takkan mungkin datang kembali. Kepada teman-teman janganlah kecewa sekiranya tidak mendapat apa yang diidamkan. Ayuh kita terus sama-sama usahakan sehingga berjaya dan akan lebih manis sekiranya kejayaan itu dapat dikongsi bersama.

Rabu, 14 April 2010

Majlis Undi Plot dan Penyerahan Borang 5A Generasi Kedua Felda Bukit Permai


Alhamdulillah, selesai sudah majlis undi plot dan penyerahan borang 5A pagi tadi dalam keadaan yang lancar dan teratur. Seawal 7.30 pagi pemohon yang berjaya telah mula sampai di perkarangan bangunan JKKK. Lebih kurang jam 8.00 pagi kaunter pendaftaran dibuka dan ada yang tidak sabar-sabar untuk mendaftar. Ada muka yang aku kenal dan ada yang tidak aku kenal maklumler bukan semuanya sebaya. Ada juga yang mengambil kesempatan ini berborak dengan kawan lama yang sememangnya lama tidak berjumpa malahan ada yang berbisik mengatakan kemeriahan hari ini melebihi kemeriahan sambutan hari raya.

Selepas subuh aku berangkat ke bagunan tersebut dan seperti biasa aku orang pertama sampai sebab aku kena siapkan PA system sebelum orang lain tiba supaya tidak kelam-kabut. Selain dari itu aku kena memastikan sarapan pagi untuk petugas pejabat tanah disiapkan mengikut masa. Alhamdulillah aku tidak salah memilih AJK bagi membantu aku pada hari tersebut. Terimakasih kepada Kak Sal, Kak Saadiah, Kak As, Soliah, Anis, Jamnah, Kak Ita, Piak, Sudin, Nolen, Yo dan tak lupa orang umah aku Lin dan mereka-mereka yang sudi membantu secara sukarela.



Wajah-wajah ceria menanti dipanggil untuk cabutan undi


Sebahagian pemohon ditempatkan dibawah khemah


Majlis undian tersebut turut disaksikan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya, Ketua UMNO Bahagian Kulai dan ADUN Bukit Permai dan didahuli dengan bacaan doa oleh tuan imam Tuan Hj. Ithnin Bin Hashim. Aku mendapat giliran ke 18 untuk mencabut undi dan keputusannya aku berolah tanah plot bernombor PTD32345 berkeluasan 5814.973 k.p.. Selesai sahaja mencabut undi masing-masing tidak sabar untuk mengetahui kedudukan tanah masing-masing dengan melihat pada peta-peta yang disediakan oleh PTD.



Tentu ada sesuatu yang menarik diperkatakan oleh Datuk Adam


Seterusnya majlis penyerahan borang 5A yang dimulakan dengan ucapan oleh YB Adun Bukit Permai Tn Hj. Kamarruzaman Bin Ali diikuti oleh ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Kulai Datuk Hj. Adam Bin Abdul Hamid. Antara kata-kata yang menarik yang disampaikan oleh Datuk Hj Adam "Kerajaan telah melaksanakan tugasnya dengan memberi peluang kepada pemohon untuk memiliki tanah dan kini tugas dan tanggunggjawab pemohon melaksanakan tugasnya kepada kerajaan iaitu dengan membayar premium seterusnya cukai tanah". Diikuti penyerahan borang oleh Ketua UMNO, YB Adun dan Pegawai Daerah Kulaijaya. Majlis berakhir sebelum jam 12 tengah hari.



Pentadbir Tanah, Ketua UMNO Bahagian, Pegawai Daerah & ADUN Bukit Permai



Tetamu-tetamu VIP serata petugas-petugas dihidangkan dengan nasi putih, ayam goreng, sayur nenas yang dimasak bersma ikan kering, sambal belacan dan ulam-ulaman. Masing-masing kelihatan berselera sekali dengan menu yang dihidangkan dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kak Jijah atas masakan yang amat ummmph.



YB Tn. Hj. Kamarruzaman Bin Ali


Datuk Hj. Adam Bin Abdul Hamid


Selesailah sudah majlis dan aku jugalah orang yang terakhir beredar sebab aku kena kemas PA system aku sendiri.......

Heh heh niler lebih kurang kedudukan PLOT 32345

Isnin, 12 April 2010

Majlis Undi Plot dan Penyerahan Borang 5A Generasi Kedua Felda Bukit Permai

Hari yang ditunggu semakin hampir. Berita yang menjadi bahan ceritera setiap hari diwarung kopi Sahar mahupun Kak Ani diwaktu pagi ataupun diwarung Haslin diwaktu petang akan terbukti jua. Bersemangat aku tengok kenkawan bergotong royong mengemas dewan petang tadi. Walaupun bahang pancaran matahari membakar bumi tapi kerja-kerja tetap diteruskan almaklumlah yang panas diluar, yang didalam dewan takkanler nak mengular...

Aluan selamat datang sebelum menjejak kaki kedalam dewan


Banner serta backdrop telah aku siapkan lebih awal atas pertolongan Zul atau Botak yang sama-sama ambil VSS dahulu. Haa ni aku nak tolong promote sket la member aku ni, kalau sesiapa nak order atau pertanyaan tentang nak buat banner boleh ler cari dia kat fb dengan id Zulkefli Bin Mohd Yusop. Tapi gambar yang dia letak kat fb gambar anak pompuan dia yang comel dan saling tak tumpah macam bapanya yang montel..... atau layari bolg beliau http://dekcreativesolution.blogspot.com/ . Sama-sama kita tolong semoga bisnes beliau ni berjaya.



Pentas dihias menabah ceria suasana

Esok lak Bro Arez yang ada bisnes sewa canopy akan hias canopy yang telah siap dipasang petang semalam. Nak mintak Bro Ariz sponsor canopy satu set malu la plak..... kira ok la tu... Bunga untuk hiasan pentas kitorang pinjam ngan andaman Julie Serimelayu.. Nak letak banyak-banyak tak sesuai nanti nampak cam pelamin yer tak Kak Julie..... Camnapun terimakasih semua... Harap-harap petang esok tak hujan macam hari ni..... sejukkk sampai ke malam..

Sabtu, 10 April 2010

Ayam ungkep

Ayam "ungkep" merupakan resepi yang popular dikalangan kenkawan aku kat Felda Bukit Permai ni. Mungkin ada yang akan bertanya apa menatang "ungkep" tu.. Aku pun tak reti nak terangkan cuma bila korang baca sampai habis cara memasaknya maka korang akan faham apa itu "ungkep" lepas tu bolehla tulis kat wikipedia.
Selalunya ayamlah yang kitaorang jadikan korkan untuk memasak ungkep ni. Tapi kitorang pernah jugak buat ungkep ayam kampung, ayam hutan, puyuh dan ada sekali tu wak-wak. Ayam yang sesuai untuk proses ungkep ni ialah ayam tua aka ayam pencen. Ayam kampung yang tajinya panjang sejengkal tu lagi best. Lebih pada tu, kata Lek Johar jiran aku, kucing makan pun geleng kepala sebab liat. Heh heh padahal kucing kalau makan daging ker tulang ker memang lagu tu.
Bahan-bahan asas ialah cili api, rempah tumis, bawang kecil, bawang putih, serai, kicap manis dan rempah kari. Sedikit garam, ajinomoto dan asam jawa. Berapa sukatannya sesedap rasa la... korang biasa masakkan..... tak yah risau dia tetap jadi dan ok. Lagi banyak bahan lagi la dia pekat melekat kata Tompel....... Aku masak main campak-campak jer takder nak sukat-sukat.
Cara membuatya, cili,serai dan bawang (kedua-dua jenis) diblender kemudian tumis bahan-bahan tadi. Tambahkan garam dan perisa secukup rasa. Apabila aroma tumisan tadi dah mula bangkit, masukkan kari. Kari babas ker rajas ker sebab ia pedas. Biarkan sampai ia menggelagak opsss api jangan besar sangat nanti hangus lak dia. Setelah nampak nak menggelegak tu masukkan ler ayam kemudian tuangkan kicap manis tadi tu. Berapa banyak? Agak-agak 1/4 botol yang kecik tu kemudian gaul rata. Tutup dan biarkan sehingga ayam tu empuk. Tambahkan air asam jawa secukup rasa dan terus memasak sehingga sekadar kering airnya. Biasanya kalau aku masak kurang-kurang dua jam nih..... Bila nampak pekat likat melekat.... Haa... masak dah tu....kalau berani makan la..... kalau nak pedas lebihkan cile yer..... Selamat mencuba..... lagi satu lepas makan cuba jeling kiri kanan jeling tau jangan guna cermin.... tengok telinga berasap ker tidak... kalau tak nampak telinga tu maknanya memang power la apa yang korang masak tu.... Boleh ler ajak pak mertua mak mertua makan yer.....

Khamis, 8 April 2010

Majlis Undian Tanah untuk Lot Tapak Rumah Generasi Ke-2

Alhamdulillah, benda yang sekian lama ditunggu, yang sekian lama dinanti, yenag sekian lama diidam dan yang sekian lama menjadi igauan telah hampir menjadi kenyataan. Kalau lebih sepuluh tahun lepas sewaktu aku menjadi ketua belia, aku, Sudin, Kaduk, Piak, Leng dan beberapa orang lagi meredah semak-samun dengan berbekalkan peta yang aku tak pasti ketepatannya dan segulung pita berukuran 100 meter, kami mengukur lot-lot kosong yang terdapat didalam kampung ini. Ketika itu ada yang mencemuh sebab kami mengukur tanah dimana terdapat tanaman yang diusahakan oleh mereka. Ada pulak yang menghantar photostat IC sebab katanya aku ada borang permohonan tanah tersebut.
Dua tiga tahun selepas itu, En. Hanizan panggil aku kepejabat untuk bertanya kedudukan tanah yang sesuai untuk dipohon bagi perumahan generasi ke-2. Seterusnya permohonan dibuka dengan menetapkan kuota satu keluarga satu permohonan. Pada ketika itu Allahyarham Pak Deris menguruskan borang-borang permohonan tersebut. Kemudiannya kami dipanggil untuk temuduga di Pejabat Tanah Kulai sekitar tahun 2004. Hanya pada tahun 2008 satu surat dari Pejabat Tanah dihantar kepada Ketua Bahagian dan Adun bagi tujuan pengesahan nama-nama pemohon.
Maklumat terakhir yang aku dapat dari s/u bahagian pada 2009 permohonan sedang diproses dan aku terus menunggu. Dua bulan lepas, aku dipanggil untuk sama-sama berincang dengan pegawai seranta Felda dan pengurus rancangan berkaitan dengan status permohonan ini. Alhamdulillah selang dua atau tiga minggu selepas itu MB Johor Datuk Hj Abdul Ghani Othman datang ke Kg. Murni Jaya dan kesempatan ini aku ambil untuk mengajukan surat kepada beliau agar permohonan ini diberikan perhatian yang sewajarnya. Atas sokongan dan kerjasama dari semua pihak alhamdulillah pada 24 March aku terima sms dari Datuk Adam permohonan tersebut telah diterima dan pada hujung minggu yang lepas surat-surat jemputan untuk maljlis undian telah dihantar oleh Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya. InsyaAllah majlis berkaitan akan diadakan pada 14hb April 2010 bertempat di dewan JKKK Kg. Felda Bukit Permai.
Satu sessi mesyuarat khas JKKK telah diadakan yang turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Sedenak En. Hamdan dan Penolong Pentadbir Tanah daerah Kulaijaya En. Fahmi. Antara berita baik yang disampaikan adalah penganugerahan lot tapak yang mana purata keluasannya 5000 kaki persegi dengan premium sebanyak RM 0.50/ kaki persegi. Kepada pemohon yang masih belum menerima surat boleh merujuk nama-nama yang dilekatkan di papan-papan kenyataan disekitar kampung atau boleh hubungi saya untuk semakan.

7 April 2010

Lama dah aku tak update kan blog ni. Rasa macam sibuk sesangat. Maklumler member-member sekarang dah sibuk ngan FB ngan Myspace. Ada takder aku terpksa memahirkan diri dengan 2 app ni. Yer la nak jaga customer la katakan. Kejap tanya tu kejap tanya ni kang kejap order burger.
Dah dua hari panas terik, alhamdulillah boleh ler aku habiskan tebu Mak Nab yang dah tiga empat hari lepas ditebang. Jenuh nak proses sebab tebu tu aku kira borong sebab saiznya tak sama ada kecik ada besar apa lagi kalau tebu tu bengkok. Terkial-kial ler nak buang kulit dia.
Kolam lak dah lama aku tak jenguk, bukan malas tapi tak sempat. Cadang hari tu nak racun rumput yang dah mula gemuk semua tu tetapi hari hujan la pulak. Ni sibuk pasal tanah generasi ke-2 pulak. Aduss....

Selasa, 30 Mac 2010

Catatan Projek Buatan VI

30 March 2010, dah hampir seminggu aku tidak turun ke kolam. Sibuk betul rasanya. Hari sabtu lepas mesyuarat PIBG sekolah kebangsaan Felda Bukit Permai. Ada pemilihan untuk AJK sessi 2010-2011. Tidak banyak perubahan dalam senarai AJK di pihak ibubapa. YDP dan timbalannya masih orang yang sama, iaitu Sdr. Razali Bin Ahmad sebagai YDP dan aku sendiri sebagai timbalannya. Cuma yang bertukar hanya Sdr. Zakaria Ariffin atau Yaya diganti dengan Sdr. Hamdan Adnan manakala Pn. Saentah Md Dasim Diganti dengan Pn. Haliza Kamsan.

Petang Ahad hujan turun dengan amat lebat berserta angin yang kencang. Aku risau juga kalau-kalau angin kencang bertukar menjadi ribut tapi alhamdulliallah walaupun tiupan angin kencang dan tidak menentu arahnya ia tidak pula bertukar menjadi ribut.

Pemandangan kolam no 1 terkini

Pagi isnin aku turun ke kolam untuk meninjau keadaannya. Nampaknya paras air naik hingga mencecah tebing. Rumput-rumput telah mula tumbuh kembali malah lebih subur.Mungkin kerana hujan yang turun kebelakangan ni membantu tumbesarannya. Aku meronda di persekitaran kolam no 1. Hujan lebat semalamnya menyebabkan limpahan air melepasi benteng dan kesannya memang jelas kelihatan. Benteng antara kolam no 1 dan no 2 telah ditenggelami air. Apa tidaknya kolam no 3 yang sebelum ini kering juga telah digenangi air.


Hujan lebat menyebabkan air memenuhi kolam

Benteng antara kolam no 1 dan 2 telahpun tenggelam

Kolam no 3 juga telah digenangi air

Bila agaknya dana untuk membina tasik ini diluluskan aku pun tak pasti. Yang mana aku dan kawan-kawan boleh tolong kami tolong kalau ada kesempatan. Tapi usaha tetap akan diteruskan kalaupun tak jadik tasik untuk menenangkan minda, jadik kolam buat berkubang pun ok jugak ler.

Ahad, 21 Mac 2010

Sekitar Majlis Maulidul Rasul Kg. (F) Bkt. Permai

Alhamdulillah, majlis Maulidul Rasul tadi telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Selain daripada penceramahnya bertukar tidak ada perkara-perkara lain yang tidak diingini berlaku. Kami difahamkan Ustaz Indera Sharil tidak dapat datang disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan namun begitu beliau telah meminta Prof Madya Ajmain Bin Safar dari Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM menggantikan tempat beliau.
Antara hadirin yang datang mendengar ceramah

Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh adik Hamdan Syakirin pelajar tahfiz di sebuah sekolah di Kluang. Ianya disusuli pula dengan bacaan berzanji dan marhaban oleh belia Kg. (F) Bukit Permai yang terdiri daripada Sdr. Normin, Ustaz Nizam dan Ustaz Samsuri dibawah bimbingan Ustaz Atmavira Bin Masir yang merupakan Pegawai Seranta Felda Wilayah Segamat. Semasa bacaan selawat bekumandang, bunga telur sumbangan blok-blok di kampung ini telah diagih-agihkan kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Bacaan Al Quran oleh adik Hamdan Syakirin

Bacaan berzanji oleh Sdr. Normin, Ustaz Nizam, Ustaz Samsuri dan Ustaz Atmavira

Bunga telur diagihkan semasa bacaan selawat keatas Nabi

Selesai bacaan berzanji dan marhaban pengerusi majlis Tn. Hj.Othman atau cikgu Othman menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ucapan oleh Pemangku Ketua Kampung Sdr. Wagiman Bin Md Awi. Seterusnya ceramah Maulidul Rasul oleh penceramah undangan Prof Madya Ajmain Bin Safar.

Prof. Madya Ajmain sedang menyampaikan ceramahnya

Antara intipati ceramahnya beliau mengupas sejarah sambutan maulidul Rasul dimana tujuannya untuk mengajak masyarakat yang telah mula leka kembali kelandasan ajaran Rasullullah yang sebenarnya. Namum begitu sambung beliau ianya tidak akan bererti sekiranya kita tidak pernah untuk mengambil iktibar dan pengajaran yang terkandung didalamnya umpama keris pusaka yang hanya diperasapkan apabila tiba waktunya tanpa digunakan kelebihannya. Aku pun ikut sama memikirkannya....

Ceramah berakhir jam 11.30 pagi dan hadirin dijamu dengan masakan nasi beriani. Pengerusi dan ahlijawatankuasa sambutan mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dan kepada para-para penderma sumbangan anda amat-amat dihargai.

Jamuan untuk wanita dibuat di dalam masjid

Jamuan untuk lelaki dikantin masjid
Disebalik tabir
Kaum wanita sedang mengisi "berkat" ke dalam beg-beg untuk tetamu jemputan
Situasi di dapur masjid

Abang Man Sarjan (berbaju kuning) ketua tukang masak










Khamis, 18 Mac 2010

Jemputan ke majlis Maulidur Rasul Kg. (F) Bukit Permai

Assalamualaikum
Kepada Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang mempunyai kelapangan dihujung minggu ini, dijemput untuk sama-sama menghayati sejarah kelahiran serta perjuangan Rasulullah SAW di dalam program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg. (F) Bukit Permai anjuran Badan Masjid Jamek As Solihin dengan Kerjasama JKKK Kg. (F) Bukit Permai.
Tarikh : 21hb. Mac 2101
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek As-Solihin Kg. (F) Bukit Permai
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pencerakah : Ustaz Indra Sharil Bin Ali
Pegawai tugas-tugas khas, Pejabat Kadhi Kulaijaya
Sama-samalah kita menghayati dan memeriahkam majlis tersebut semoga ilmu yang kita dapat membawa keberkatan kepada diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. InsyaAllah.

Selasa, 16 Mac 2010

Program motivasi pelajar UPSR, PMR dan SPM bersama ibubapa

Syabas dan tahniah kepada Dana Pendidikan Kg. (F) Bukit Permai yang dipegerusilan oleh Sdr. Zakaria Bin Khalid diatas kejayaan penganjuran program motivasi pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM pada 16hb Mac yang lalu. Program yang diadakan bertujuan memberi kesedaran dan persediaan awal pelajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal mereka tempuhi. Ibubapa sebagai pendorong kepada kejayaan anak-anak juga tidak ketinggalan diberikan sedikit sebanyak petua-petua keibubapaan dalam program yang dijalankan serentak.

Sambutan daripada pelajar dan ibubapa amat-amat menggalakkan. Ini dibuktikan dengan jumlah kehadiran mereka memenuhi hampir keseluruhan kerusi yang terdapat didalam dewan. Mungkin disebabkan para ibubapa ini rata-ratanya merupakan generasi kedua di felda ini dan berfikiran lebih terbuka. Cermah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang khas daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taazim pula seakan-akan tidak puas untuk dituruti memandangkan masa yang diperuntukan adalah terhad. Buku-buku serta dvd progam keluarga sakinah juga amat laris malah habis terjual. Harap-harap buku-buku, dvd serta ilmu didalamnya itu dimanfaatkan sebaiknya dan bukan sekadar dijadikan bahan koleksi peribadi.

Semoga usaha sebegini diteruskan dan tidak hanya sekadar terhenti disini. Aku masih ingat ketika di asrama felda dahulu menjelang hari peperiksaan ceramah yang tidak kurang pentingnya iaitu teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Kekadang pelajar kurang memahami kehendak soalan dan pengurusan masa semasa menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya ceramah sebegini akan dapat membantu pelajar-pelajar agar lebih faham kehendak soalan dan tenang ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Harap-harap Dana Pendidikan mempunyai dana yang cukup dan dapat mengajurkan program berkenaan.

Apapun setelah usaha dan ikhtiar dilakukan usah lupa pula memohon kehadrat Allah agar segalanya mendapat rahmat dan diberkati. Sehubungan dengan itu progam solat hajat telah diatur pada 18hb Mac bertempat di Masjid As Solihin Kg. (F) Bukit Permai selepas solat maghrib.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh jawatankuasa Dana Pendidikan Kg. (F) Bukit Permai serta mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program tersebut.

Sebahagian pelajar perempuan

Sebahagian pelajar lelaki tekun mengikuti ceramah
Kaum ibu memang prihatin terhadap perkembangan anak-anak

Kaum bapa juga tidak mahu ketinggalan

Lafaz penyerahan taklif ibu/bapa

Lafaz taklif oleh anak-anak dihadapan ibu/bapa

Khamis, 11 Mac 2010

Catatan Projek Tasik Buatan V

Dah bebrapa hari aku tak turun kat kolam tu sebab sibuk sket. Aku ingatkan bila tak kerja aku tak la sibuk, rupanya sama gak sibuk. Tak kisahlah asalkan aku tak menyibuk ganggu orang dah ler. Kalau ada kesempatan aku akan turun juga untuk dua atau tiga jam.



Selasa 8 mac - petang sebelumnya hujan turun agak lebat juga selepas seharian panas terik. Bagi aku hujan pun baik tak hujan pun baik. Kalau hujan paras air kolam akan naik dan kalau tak hujan rumput-rumput atau sampah yang naikkan daripada kolam akan kering dan aku boleh la bakar.
Paras air dah mula naik
Rabu 10 mac - aku turun ke kolam 1 dan periksa tempat yang aku tambak samada ia mampu menahan air yang isipadunya bertambah saban hari. Nampaknya ada air yang mengalir keluar dari kawasan tambakan itu. Walaupun sedikit lelehan kelihatan ianya boleh mengakibatkan tempat yang aku tambakkan tanah tu menjadi tidak kuat akibat dari resapan air tersebut. Dengan menggunakan cangkul dan pongkes aku menambah tanah di kawasan tambakan tersebut. Selesai kerja penambakan aku pusing kekeliling kolam dan aku dapati aliran air mengalir keluar dari kolam no 2 ke parit. Yang ni aku tambak kat parit sebab kerja dia lebih mudah dari aku menambak dan membetulkan benteng kolam tersebut.
Penat menyangkul aku pergi ke tempat joran yang dipacakkan ditepi kolam. Di dalam baldi masih ada anak-anak ikan yang Asri sauk untuk dibuat umpan tempoh hari. Aku cangkukkan anak ikan tersebut di matakail joran pelepah sawit untuk dibuat tajur. Kemudian aku sambung kerja menambak tanah.


Selesai kerja menambak tanah,aku menarik rumpun sendayan yang akarnya telah ditenggelami air. Disebabkan rumpunnya yang besar tak larat aku nak menariknya. Yang mampu aku buat aku racik kecil-kecil menggunakan garpu. Nak masuk kedalam air.... mintak ampun aku dah malas. Cakap terang jer. Tapi yang ada ni pun dah lebih dari menyiksakan disebabkan kayu-kayu yang dipacakkan bertujuan untuk mengukuhkan benteng menghalang aku menarik rumpun-rumpun sendayan naik ke tebing.


Hari ni keli ngan belida sangkut kat tajur yang aku pasang. Ikan belida aku lepaskan semula. Ikan keli lak aku bagi kat Sam tukul.




Ikan belida



Ikan keli yang bernasib malang


Khamis 11 mac - pepagi dah nak kena hantar surat panggilan mesyuarat. Tengah hari aku serah surat berkaitan tanah generasi kedua kampung aku yang masih tertangguh kepada MB . Beliau hadir dalam majlis penyerahan geran tanah di kampung Murni Jaya jadi aku tak mahu lepaskan peluang keemasan ni. Sebenarnya proses ni sedang berjalan cuma terlalu perlahan jadi aku mewakili kawan-kawan mintak jasa baik MB untuk bagi percepatkan proses ni. Bagi kenkawan yang ada mohon insyaAllah tak lama lagi selesailah isu ni.

Jumaat 12 mac - aku tak turun sebab ada mesyuarat khas JKKK berkaitan dengan sambutan maulidur rasul selepas tu pulak aku kena pergi sekolah sebab ada mesyuarat PIBG. Pergh... mesyuarat terus.... Kalau mesyuarat JKKK bincang pasal maulidur rasul, mesyuarat PIBG lebih bertumpu kepada mesyuarat agung tahunannya. PIBG becadang untuk mengadakan mesyuarat agung serentak dengan majlis maulidur rasul untuk jimat kos. Aku sokong jer maklumler PIBG kat sekolah ni tak punya dana yang kukuh..



Sabtu dan Ahad aku tak datang menjeguk.


Isnin 15 mac - dekat kol 9 pagi aku nampak Sudin pegi d'mart, tak bekerja dia hari ni. Aku pun tanya ok ker kalau turun hari ni... dia kata ok. Kebetulan aku nak hantar anak aku gi Kulai jadi semasa balik aku singgah kat pekan Layang-layang beli jaring.


Sampai kampung, Sudin, Leng, Pak Tam, Kaduk, Mon dan beberapa orang lagi sedang ngeteh. Aku siapkan dulu surat jemputan kepada vip untuk ke majlis maulidur rasul. Selesai kerja-kerja tersebut aku pun join Sudin dengan Leng ngeteh. Lepas tu kitorang pun bergerak ke kolam. Seperti yang kami sering fikirkan ternyata memang tidak dinafikan setelah persekitaran kolam itu tidak lagi dipenuhi belukar telah kelihatan kesan laluan kaki-kaki pancing. Maklumlah kawasan tersebut telah bersih.
Wak Teng mengangkat chasis ex-5 yang terbenam didalam lumpur
Kitorang cuba membersihkan tumbuhan yang ntahkepebendernya namanyatu. Selain dari tumbuhan yang ntahkepebendernya namanya tu dalam kolam ada banyak pelepah sawit, ranting dan dahan kayu dan tak lupa casis motorsikal yang terbenam dalam kolam. Sapalah punya angkara. Lepas tu kitorang tahan jaring. Langit semakin mendung Sudin, Leng dan yang lelain dah mula beransur. Tinggal aku, Wak Teng dan Din Radin Hamzah jer yang tinggal. Dekat pukul 1.30 petang hujan turun ngan agak lebat aku pulak beransur....




Tumbuhan yang ntahkepebender namanya di jaring untuk dibung

Aku gunakan tapis yang aku jumpa di tepi kolam

Wak Teng, Sudin dan Mon memasang jaring

Peminat hanya memerhati dari jauh.......

Ahad, 7 Mac 2010

Majlis Maulidur Rasul Kg. Felda Bukit Permai

Seperti lazimnya menjelang bulan Rabiul Awal atau ada yang lebih mengingatinya sebagai bulan maulud, pihak masjid As-Solihin Kg. Felda Bukit Permai juga tidak ketinggalan dan telah merancang untuk mengadakan majlis tersebut. Jawatankuasa masjid dalam mesyuaratnya telah menetapkan tarikh 21 hb Mac dan ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Indera Shahril Bin Ali. Majlis akan bermula pada pukul 8.30 pagi bertempat di astaka Masjid Jamek.

Kepada individu-individu yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya kepada jawatankuasa yang telah dilantik mengikut blok masing-masing dan nama-namanya adalah seperti berikut :

Kg. Agas = Sdr. Zakaria Khalid
Kg. Baru 1 = Tn. Hj. Satari Bin Biren
Kg. Baru 2 = Tn. Hj. Ismail Bin Mohsin
Kg. Tengah 1 = Tn. Hj. Bejor Bin Fatah
Kg. Tengah 2 = Sdr. Nordin Bin Hj. Saadon
Kg. Gajah 1 = Sdr. Sanat Bin Hj. Othman
Kg. Gajah 2 = Sdr. Muhamad Bin Ismail
Kg. Balairaya = Sdr. Haris Bin Ahmad

Sumbangan hendaklah diserahkan sebelum mesyuarat khas diadakan iaitu pada 13 Mac. Kepada mereka-mereka yang berkesempatan ayuh kita pakat ramai-ramai datang dan bawa bersama keluarga untuk sama-sama mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah.

Jumaat, 5 Mac 2010

Catatan Projek Tasik Buatan IV

Semalam aku menjenguk projek yang dah dua hari tidak dijenguk. Di kolam no 1 parit yang ditebuk bertujuan untuk mengeringkan air telahpun aku timbus tempoh hari. Air yang tertahan memudahkan kerja-kerja menarik rumput dan sampah naik ke tebing. Kerja-kerja di sebahagian kolam ni nampak agak mudah tetapi sebahagian lagi tu memang sukar sebab ada batang dan ranting pokok terap yang terbenam melintangi kolam. Di bahagian benteng yang memisahkan kolam no 1 dan 2 dipenuhi rumpun sendayan. Ni kalau nak dibuat secara manual mau demam ni.

Rumpun sendayan yang menghijau hidup subur
Kat permukaan kolam lak terdapat tumbuhan yang aku tak tau namanya terapung-apung. Aku masih memikirkan cara untuk membuangnya. Kalau rumput rampai yang tumbuh dalam kolam tu senang jer. Masukkan jer ikan tilapia biar dia kerjakan. Nak masukkan ikan ni pun masalah juga sebab aku jangka ikan haruan dan bujuk tentu banyak nih. Kalau anak ikan dimasukkan berpestalah mereka.

Kelihatan tumbuhan yang ntahkepebende namanya memenuhi permukaan kolam

Kol sebelas aku balik maklumler hari ni hari jumaat duduk ngeteh kat kedai kak Ani. Sudin datang borak-borak dan termasuklah isu projek ni. Antara usulnya diajak pasang jaring, aku okey jer. Best jugak idea tu buleh berkubang. Aku pun dah lama tak berkubang nih. Haa sapa nak berkubang meh la sama-sama berkubang sambil bergotong-royong. Dapat ikan kita pakat-pakat bakar dapat ular kita pakat-pakat lari.... wakaka.

Hari ni sementara menunggu anak aku menghadiri program disekolah aku sambung sket kerja-kerja menarik rumpun-rumpun sendayan yang hidup ditepi-tepi kolam. Air yang naik memudahkan kerja-kerja aku kerana lumpur-lumpur mudah tertanggal dari akarnya. Selepas ambil anak balik aku duduk jap kat kedai Sahar kena roti garing banjir sekeping sambil borak-borak. Lepastu aku pegi semula ke kolam kerana parang panjang aku lom bawa balik.

Kat kolam aku tengok Asri tengah mancing, umpan katak tiruan, apa barang. Aku tumpang sekaki lagi pulak bukannya susah sangat nak cari mata kail kat kolam ni, banyak yang ditinggalkan orang yang menajur. Asri cari anak ikan untuk dibuat umpan sementara aku bakar ler apa yang buleh dibakar disekitar kolam tu maklumler cuaca tengah panas ni. Tak lama Asri pasang tajur, sekor keli dapat dipancing. Rezki engkauler Asri. Lepas tu aku pun balik sebab dah tengah hari.
Sebelah petang cuaca masih berbahang tapi dalam kol 6.30 petang tu hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah esok aku boleh tengok setakat mana air naik memenuhi kolam.

5 Mac

Sehari sudah umur aku menjengah angka 41. Cepat betul masa berlalu. 3 hari lepas bekas ketua blok aku Lek Jamingan meninggal, aku sempat menjenguk beliau beberapa jam sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Memang berbeza benar Lek Jamingan yang sedang terbaring uzur dengan Lek Jamingan yang aku kenal. Ketika sihat beliau merupakan seorang pekebun yang gigih. Aku kira generasi muda yang ada hari ini tidak ada yang mampu menandingi cara beliau bekerja.
Ada kenangan aku dan beliau ketika hari raya kalau tak silap aku 5 tahun yang lepas. Ketika marhaban kat rumah beliau aku tengok ada lepat. Aku memang suka makan lepat tapi malas nak buat sebab kalau daun tak cukup lebar dan panjang jadi kemetot ler dia. Jadik tahun berikutnya aku order la ngan dia. Petang sebelum raya tu dia datang hantar. Kebetulan aku ada kat umah. Bila aku masuk nak amik duit cepat-cepat dia balik. Tak payah katanya. Lepas tu aku tak order lagi dah. Malu ler..... makan free jer...... Kalau aku nak makan lepat aku buatler sendiri, tapi nak cari daun yang ok payah, dalam satu ikat tak sampai ler sepuluh yang sesuai. Kalau dah malas sangat aku masukkan jer dalam plastik aiskrim. Lepas tu rebus. Tapi tak best sebab lepatnya jadik lembik.
Dalam bab rewang, Lek Jamingan memang aku puji. Beliau akan pastikan anak-anak buah semua ok. Kalau pasal berkat tu sapa-sapa yang balik tak bawak, dia perasan pulak musti dia hantar ke rumah. Sama juga masa rewang majlis qurban. Siap jer dia terus hantar agihan dari rumah ker rumah. Tak kira la masa tu hujan ker apa ker. Tak sempat orang lain nak buat. Kini aku pulak mengganti tempat beliau sebagai ketua blok. Maklumlah dalam blok aku kini cuma tinggal 6 peneroka asal yang tinggal iaitu Lek Jemadi, Lek Johar, Lek Rusmin dan Lek Abas, dua lagi india Mutusamy ngan Chinakalan dia takder gelaran Lek la sebab dia bukan jawa. Aku bukannya bagus sangat tapi dah orang mintak tolong aku tolong la. Bukan untuk jadi ketua tapi sebagai wakil blok untuk menyampaikan hasrat. Tapi aku tak mampu ler nak buat camna yang Lek Jamingan buat. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.
Apapun aku juga nak ucapkan takziah kepada anak-anak belaiu yang aku kenal antaranya Mess, Wan, Jais, Jayus, Jass, Mus dan Anis. Tak lupa kepada seorang lagi sahabat aku yang kehilangan ayahnya pada hari yang sama iaitu Miskam Bin Meon ataupun Kam. Takziah dari aku.

Sabtu, 27 Februari 2010

Sabtu 27 Feb

Hari ni tak banyak aktiviti aku, nak ke tapak projek tasik buatan semalam hujan lebat memang peluang tipis la untuk menjalankan kerja-kerja pembakaran. Sudahnya aku kemas kayu-kayu dalam kedai Kaduk yang aku jadikan stor sementara.

Hari semalam, petugas yang mengendalikan projek jalur lebar kat kg aku datang. Katanya kontraktor telahpun dilantik dan kerja-kerja renovation akan dilakukan secepat mungkin. Kalau tak silap ianya akan dilancarkan penghujung bulan mac. Tinggal tak berapa hari lagi ler tu. Permohonan untuk jawatan pengurus dan penolong pengurus telah pun dihebahkan. Aku tak terkecuali menolong menghebahkan kepada belia-belia yang berminat supaya menghantarkan resume kepada pihak yang berkenaan.

Pada sebelah malamnya ada kenduri yasin dan tahlil kat rumah Mak Long. Alhamduliilah nampak penuh rumahnya hari ni. Tak ada isu atau info yang dibincangkan selepas majlis ini berakhir kerana JKKK elumlagi bermesyuarat. Cuma sempena sambutan mulidur rasul sedang diraikan, tuan rumah berhajat agar diadakan bacaan selawat. Nasib baik aku masih menyimpan selawat yang digunakan untuk marhaban tempoh hari. Mudah ler sikit kerjanya.

Malam ni kat atas lengang sket. Bebudak pun tak berebut nak berkaraoke tak seperti tiga malam sebelumnya tapi ada juga permintaan untuk berkaraoke dah dekat-dekat pukol doblas tadi. Malas aku nak layan. Aku lak tengah sibuk layan si Khalid yang nak upload gambar faceboknya. Kamal lak lupa login id dier. Sukuk jer yang cool. Kalau ditegur musti ia cakap.... ni Sukukl la.... riak ler tu. Sahar cendol petang tadi dah start upload gambar-gambar lama dia. Malam ni dia menaip untuk ulas gambar yang dia attach ler tu. Lom sempat nak save Pak Tam tutup la dia punya application. Babulu jer ...........

Aku jugak yang dari tadi tersengguk-sengguk. Ntah kol berapa agaknya diorang berenti. Semalam jejak kol tiga. Apa-apa hal kena tongkat ali secawan dulu. Lepas tu tunguuuuuu..................

Khamis, 25 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Tak terperasan masa berjalan begitu cepat. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun dan seterusnya dekad berganti abad. Begitulah kitaran masa berlalu dan terus berlalu tanpa berhenti walau sedetik. Begitu juga dengan kehidupan kita umur kian bertambah dan tiada upaya untuk kita menahannya.

Hari ini (mengikut kiraan takwim Islam hari berganti tatkala masuknya waktu maghrib) merupakan antara hari terpenting dalam takwin Islam kerana hari ini merupakan hari ulangtahun keputeraan junjugan besar kita Nabi Muhammad SAW. Umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana sesuai dengan pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi, kerajaan kita mengiktiraf hari keputeraan Baginda dengan menetapkan hari ini sebagai cuti umum.

Disana-sini, sibuk diadakan upacara sambutan yang diselitkan dengan perarakan sambil berselawat keatas junjugan besar Nabi Muhamad SAW dan kemudiannya diadakan pula ceramah agama khusus bagi mengenang sejarah kelahiran seterusnya perjuangan Baginda. Uniknya di Malaysia yang tidak ada kedapatan dimana-mana negara didunia, sambutan ini berlarutan bukan sahaja sepanjang bulan Rabiul Awal, malahan juga Rabiul Akhir dan Jamadil Awal/Akhir ada kalanya terlajak sampai ke bulan Rejab hanya disebabkan jadual penceramah yang ingin dijemput itu penuh..

Tanyalah didalam kariah mana sekalipun, aktiviti masjid atau surau malahan juga persatuan-persatuan tidak akan lengkap kalender tahunan mereka sekiranya tidak diselitkan sambutan ini. Sudah tentunya apabila diadakan majlis sebegini tidak berseri sekiranya tidak ada jamuan yang dihidangkan didalam dulang ala-ala nasik ambang. Disinilah secara tidak langsung kita diajar cara-cara bermuafakat dan bergotong royong. Bermuafakat supaya lauk yang diletakkan dibahagi sama-rata sama-rasa. Bergotong-royong untuk menghabiskan nasi yang menggunung didalam dulang tu. Pada ketika inilah derma datanhg mencurah untuk menjayakannya. Ketika ini juga ada sesetengah orang mengambil kesempatn untuk menjalankan upacara aqiqah dan dagingnya diserahkan kepada kariah masing-masing sebagai jamuan.

Cerita pasal derma ni, aku teringat satu perkara yang tidak aku jumpa hari ni iaitu penjualan lencana kertas maulidur Rasul. Biasanya bebudak lelaki termasuk aku, sematkan lencana ni kat songkok menggunakan jarum peniti. Ni kira derma jugak ler. Tahun ni nampaknya Sdr. Haris ler jadi tukang pungut derma. Kalau tahun yang lepas-lepas tugas ni dipikul oleh Allahyarham Sdr. Khalid. Sambil-sambil ngeteh tu diulurkan borang derma selain dari pungutan dari rumah ke rumah.

Tahun ni InsyaAllah majlis sambutan peringkat kampung ni akan diadakan pada 21hb. Mac itupun masih tertakluk kepada kekosongan jadual penceramah jemputan. Yang dah pasti hari esok sambutan di peringkat daerah Kulaijaya akan diadakan di perkarangan pejabat daerah Kulaijaya jam 8.00 pagi.

Semoga tradisi ini akan kekal subur dan terus subur khususnya dikalangan generasi muda yang semakin leka dengan pengaruh budaya luar tanpa mengetahui asal-usulnya contohnya seperti menyambut "Valentine day".

Salam Maulidur Rasul.

Ahad, 21 Februari 2010

Ahad 21 Feb

Pagi tadi aku terlajak lagi, sedar-sedar dah pukul 7.15 pagi. Bukan apa pada sebelah malamnya aku layan member surfing sampai kol 4 pagi. Lepas berkemas aku ingat nak rileks jap sebelum balik umah. Hampeh tau-tau hari dah siang. Kat kedai Sahar dah ramai orang ngeteh. Kak ani memangla tak bukak hari ni sebab hari off dia.

Aku keluar semula jam 7.45 pagi. Kalau dikira dalam satu hari cuma beberapa jam sahaja aku ada kat umah. Yang lain kat kedai ler.

Kol 9.00 aku gi jengok projek tasik tu. Disebabkan aku dah terbiasa bila start buat kerja aku kalau tak lama sekejap mesti nak jenguk jugak. Hari ni aku bawak kapak, nak buat apa aku tak pasti tapi ku bawak jugak. Rumput-rumput dah mula layu tapi agak malang sebab cuaca tak sekering dua minggu lepas. Nampaknya perkembangan projek ni mungkin menjadi agak perlahan disebabkan rumput yang tidak begitu kering untuk proses pembakaran.

Malas nak pikir panjang lagi aku tuju kolam no 3. Ada serumpun kelapa sawit cambah yang amat mencabar untuk dibersihkan. Biasala cara aku, aku carik kayu-kayu kering dulu untuk dikumpulkan. Tak banyak yang aku dapat, tapi rasanya pelepah kelapa sawit kering tu lumayan jugak untuk digunakan sebagai bahan asas untuk aku memerun. Setelah api dihidupkan menggunakan getah "belada", kalau yang tak tau menatang apa yang dinamakan getah belada ni ianya tak lain tak bukan tiub motor yang bocor yang aku amik dari bengkel motor Wak Rewang aku pun mencantas pelepah sawit tu satu demi satu. Aku tak suka tebas dulu kemudian baru susun kot nanti terpijak duri dia tak berbaloi beb. Jadi aku cantas satu letak dalam api cantas satu letak dalam api.... slow and steady.

Leih kurang kol sebelas aku pun balik, dapatlah dua pohon yang aku kerjakan. Lepak jap kat kedai Sahar. Ada pulak Nen Kungfu ngan anak dia yang datang dari Segamat. Lepas bersalaman dengan dia aku duduk kat sebelah Sudin. Berbual kosong.

Tegahari aku pasang PA system kat bagunan JKKK sebab belia Felda nak mesyuarat agung. Siap pasang PA aku tidur, malas nak mandi sebab nanti bangun nak kena mandi lagi. Hujan gerimis mula turun dan aku pun terlelap. Bangun kol 3.15, lepas zohor aku balik umah sebab nak hantar anak balik asrama kat STARP Kulai.

Lebih kurang kol 7.45 mlm ujan lebat. Masa aku keluar kol 8.05 ujan masih lagi lebat. Pegi bangunan JKKK kemas PA kot malam ni ada yang nak karaoke.

Malam ni Uri datang awal, surf ineternet. Kemudian Sahar lak tanya camna nak buat facebook. Walaupun aku pun baru merangkak tapi aku layan jugak. Heh heh biasalah orang tebar roti canai baru nak belajar menaip. Macam ayam patuk jagung. Lepas Sahar, Leman lak mintak tolong. Yang pasti hari ni aku oleh tutup kedai agak awal sebab Kamal tak datang. Haslin memang tak bukak hari ni sebab hari off dia. Sahar aku tak tau la sampai kol berapa hari ni sebab esok dia tak bukak kedai, .... hari off dia. Yang tak der off aku jer..... hari raya pun on... sebab aku tak balik kampung sebab ni kampung aku........ TQ

Khamis, 18 Februari 2010

Catatan projek tasik buatan III


Hari ni fasa pertama plan B bermula iaitu meracun disekitar kolam yang ada. 3 buah kolam yang tiap satunya berukuran lebih kurang 50x100 kaki tiap satu ditumbuhi belukar yang agak tebal maklumlah telah aku tinggalkan hampir 10 tahun atau mungkin lebih. Kalau tak silap aku ketika itu anak aku yang sulung masih lagi kecil. Tak hairanlah kalau pokok sawit yang tumbuh tu telah berbuah dan boleh dituai hasilnya.

Walaupun aku keluar agak lambat pada hari ni disebabkan dok layan member surf internet malam tadi sampai kol 4 pagi dan aku siap berkemas lebih kurang jam 4.30 pagi, tu tak masuk tunggu orang umah aku siapkan kerja dia. Yang pasti masa aku balik Cendol dah sampai ke kedainya dan dah mula berkemas untuk memulakan perniagaan.
Belumpun habis aku bersarapan menu biasa aku kat kedai Kak Ani Abas, nasik goreng dan telur mata lembu beserta nes panas Sudin pun sampai. Rupanya dia dah round dulu kat kolam sebab tak nampak keta aku kat kedai. Biasalah Sudin masuk satu trip dulu "loaders" buah sawit. Sambil sarapan aku talipon Yo ngan Sam Tukul dah hantar pam racun ke belum.

Lebih kurang kol 9 aku ngan sudin bergerak ke kawasan berkenaan. Perkara pertama yang nak dibuat ialah carik punca air untuk kerja-kerja meracun. Tak lama lepas tu Yo pun sampai. Setelah dapat tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat mengambil air kitaorang sama-sama rintis lorong untuk kerja-kerja meracun. Jenuh jugak maklumler parang yang aku bawak kontot jer.

Sudin dan Yo merintis lorong untuk kerja-kerja meracun

Kemudian Mbak datang tak lama lepas Wak Teng ngan orang umah dia. Sam Tukul sampai serentak ngan Asri. Wak Teng, Yo ngan Sudin mulakan kerja-kerja meracun. Aku ngan Mbak terus menebas lorong. Sam Tukul gi kedai buat air. Kaduk ngan Piak sampai lepas diorang habis kerja. Haris bendahari JKKK datang lebih kurang kol 10.30 bawak air ngan roti. Kitorang rileks jap. Masa tu Sarip datang dan perun pokok sawit kering. Menjulang apinya.


Wak teng sedang mengisi air kedalam mesin

Asri dan Mbak meneruskan kerja-kerja menebas lorong

Tak sampai 15 minit lepas kitaorang sambung kerja hujan pun turun. Agak lebat juga. Apa nak buat kita hanya merancang. Tawakal jer lah. Kalau tak mati rumput tu nampaknya kena ulang sekali lagi ler. Tapi hujan pun Alhamdulillah, Allah tu maha adil rumput-rumput kat tepi jalan tu dah kering sangat nampaknya. Aku rasa pagi esok aku sambung sket kerja-kerja tu lagi pulak hari Jumaat biasanya aku tak der aktiviti yang berat-berat.


Api menjulang tinggi setinggi pokok sawit.....

Sabtu, 13 Februari 2010

Sekitar gotong royong GPW di Pintu Gerbang


Pintu gerbang dijalan masuk

Gotong-royong bermula jam 8.00 pagi Jumaat lalu diketuai oleh SDA Hjh. Jamaliah dan Pengerusi GPW Pn. Hamisah. Kaum-kaum ibu yang rata-ratanya generasi kedua yang berkesempatan telah keluar beramai-ramai menjayakan program tersebut.

Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing

Sempat juga berposing untuk kenang-kenangan

Gotong royong berakhir sekitar jam 10.30 pagi