BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Dari aku

Monggo mampir..... ada berita yang ingin disampaikan, ada cerita yang ingin dikongsi, ada maklumat yang mungkin berguna atau mungkin sekadar sembang-sembang kosong mengisi masa lapang dari catatan aku yang berada di kampung buat sahabat dan teman-teman diperantuan. Semoga dalam kesibukan kerja seharian dapat sejenak melepas kerinduan.

Rabu, 10 Februari 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-25 SKBP

Hari ini berlangsung kejohanan olahraga tahunan kali ke-25 Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Permai. Alam persekolahan sekolah rendah aku bermula dan berakhir disini. Terlalu jauh bezanya jika dibandingkan dahulu. Bilangan muridnya pun telah jauh berkurang. Kalau dahulu rumah sukan ada 4, merah, biru, hijau dan kuning tapi kini cuma tinggal tiga sahaja iaitu Laksamana (Hijau), Temenggong (Kuning) dan Bendahara (Merah). Almaklumlah muridnya cuma tinggal lebih kurang 170 orang dan sekiranya dibahagi 4 sudah barang tentu satu rumah sukan cuma mengandungi peserta yang seramai lebih kurang 42 orang atau meyamai jumlah murid didalam satu kelas di sesetengah sekolah.

Walaupun tidak ramai dan tidak punya banyak pilihan atlit untuk diketengahkan sekoah ini masih boleh berbangga kerana tahun lepas dua orang atlit olahraga telah melangkah jauh hingga ke peringkat daerah dan kebangsaan. Syabas cikgu.


Bacaan ikrar oleh peserta


Kalau dulu pastinya setiap murid dikehendaki membawa siglet putih untuk diwarnakan mengikut rumah sukan masing-masing. Maka tugas dan tanggungjawab cikgulah merebus air menggunakan tin minyak maklumlah cikgu-cikutu biasanya bujang jadi takder periuk besar dan dicampurkan dengan pewarna atau lazimnya disebut "dye"(kalau tak silap harganya ketika itu sekitar RM 1.00). Kalau silap perah alamat berbelanglah singlet tu. Yang paling haru kalau terlupa nak tulis nama kat singlet tu dan tertukarlah pulak. Tu yang ada pakai singlet yang lubang ketiaknya mencecah ke pinggang. Tapi ada jugak yang tak tertukar tapi singletnya pun labuh semacam jer. Kalau cam ni, tak der lain, ni dah tentu singlet bapak punya. Iyerla zaman tu kehidupan masih lagi susah tambahan pulak kalau hari hujan dan takleh menoreh. Nak mintak beli singlet baru kemudian plak nak di'dye'kan nak carik nahas.... Tula pasal boleh nampak ada yang pakai singlet berlubang. Cikgu sukan masa tu taklain dan tak bukan cikgu Nasir. Jiwa dia memang jiwa sukan, latihan sukan tak kira bolasepak ker, olahraga ker, rotan tetap ada beb.



Rumah sukan yang dihias indah


Hari ini juara keseluruhan dimenangi oleh rumah hijau dengan memperolehi 430 mata diikuti rumah merah dengan 417 mata dan ketiga rumah kuning dengan perolehan mata sebanyak 373 mata.




En. Razali YDP PIBG, En. Wagiman Pemangku Ketua Kampung
& Tn. Hj. Othman Guru Penolong Kanan

Sebahagian daripada kaum ibu yang hadir

Kaum bapa juga tidak ketinggalan

Jawatankuasa PIBG dan sukarelawan di gerai jualan

0 ulasan: