BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Dari aku

Monggo mampir..... ada berita yang ingin disampaikan, ada cerita yang ingin dikongsi, ada maklumat yang mungkin berguna atau mungkin sekadar sembang-sembang kosong mengisi masa lapang dari catatan aku yang berada di kampung buat sahabat dan teman-teman diperantuan. Semoga dalam kesibukan kerja seharian dapat sejenak melepas kerinduan.

Isnin, 8 Februari 2010

Catatan Projek Tasik Buatan

Hari ini pengurus talipon aku untuk ikut beliau bersama-sama Ketua Kampung dan bendahari JKKK Sdr. Haris berjumpa dengan pemandu excavator yang sedang menjalankan kerja-kerja akhir penanaman cerucuk di sekolah dan membawa beliau ketapak projek tasik buatan.

Kawasan yang dicadangkan merupakan kolam tinggal yang pernah diusahakan oleh warga Kg. Gajah I di awal pembukaan tanah rancangan ini dan kemudiannya dibaikpulih oleh persatuan belia disekitar lewat tahun 90an. Kawasan yang terletak di paya antara perumahan guru dan perumahan kakitangan ini kelihatan lebih teruk dari sewaktu kerja-kerja pembersihan oleh persatuan Belia satu ketika dulu. Walaupun teruk namun aku yakin ianya mampu dilakukan kerana penggunaan jentera berat berbanding dahulu yang hanya menggunakan tulang empat kerat dan semangat sahaja.

Tn. Hj. Zainal yang berpindah ke rancangan ini lebih kurang tiga tahun yang lepas telah merubah landskap kampung dari sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh pimpinan terdahulu. Aku yakin projek ini juga akan berjaya dan sasaran untuk mendapat 1 juta dalam AKKF tidak mustahil boleh dicapai dalam jangkamasa 5 tahun. Berdasarkan pencapaian tahun lalu dimana Kg. Felda Bukit Permai ini telah menjadi Juara dalam anugerah desa cemerlang peringkat daerah dan menjadi wakil daerah Kulaijaya ke peringkat negeri. Masjid yang dilengkapi dengan landskap yang menarik juga telah menjadi juara di peringkat mukim Sedenak dan Naib johan diperingkat daerah Kulaijaya. Tahniah untuk semua.

Pemandangan kolam yang pernah dibersihkan suatu ketika dahulu oleh Sdr. Hashim Sarpan aka Sukuk

Kawasan ini bakal berubah InsyaAllah

0 ulasan: