BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Dari aku

Monggo mampir..... ada berita yang ingin disampaikan, ada cerita yang ingin dikongsi, ada maklumat yang mungkin berguna atau mungkin sekadar sembang-sembang kosong mengisi masa lapang dari catatan aku yang berada di kampung buat sahabat dan teman-teman diperantuan. Semoga dalam kesibukan kerja seharian dapat sejenak melepas kerinduan.

Sabtu, 6 Februari 2010

Gotong-royong




Hari ini merupakan hari pertama aku menulis disini, sunyi sepi maklumlah duduk di kawasan perkampungan. Tunggul pohon sena dihadapan warung aku dah tidak kelihatan lagi. Yang kelihatan hanya abu yang telah dibasahi hujan semalam. Begitulah hakikat kehidupan, tiada yang kekal untuk selamaya kecuali yang maha Esa.

Benarlah kata orang untuk mengejar kemajuan sesuatu perlu dikorbankan dan pokok sena yang telah sekian lama memayungi warga kampung yang duduk bersembang dari panahan terik matahari juga tidak terkecuali.


Keperluan untuk menebang pohon yang tinggal ranting ini semakin mendesak lantaran dari peristiwa kampung ini dilanda angin kencang beserta hujan air batu yang mengakibatkan sebahagian rantingnya bertaburan di atas jalanraya. Maklumlah kawasan ini telah dimeriahkan oleh anak-anak Piak dan Haslin yang sering berkejaran . Dalam sembang di kedai kopi Sahar, kata sepakat dibuat untuk melaksanakan kerja-kerja menebang secara gotong-royong dan secara spontan derma dikutip bagi menampung segala perbelanjaannya.

Alhamdulillah warga Felda Bukit Permai memang prihatin lebih RM400 dapat dikutip. Terimakasih juga kepada ketua UMNO bahagian Kulai Datuk Adam yang kebetulan datang bertanya khabar mengenai mangsa angin kencang pada malam sebelum gotong-royong dijalankan menghulurkan sumbangan peribadi beliau.

Terima kasih juga kepada krew-krew TNB kerana datang membantu dan meringankan lagi kerja-kerja tersebut. Kerja-kerja dimulakan jam 10.30 pagi dan berakhir 2.30 petang.


Tak lupa juga kepada Pak Usop dan Sam Tukul dibantu oleh kakak-kakak kita yang bersusah payah menyediakan menu istimewa hari tersebut ubi rebus cicah sambal tumis dan ikan masin untuk makan pagi dan nasi putih dan ayam masak ungkep yang terangkat untuk makan tengah hari.

Sementara menanti TNB memutuskan bekalan



kerja-kerja memunggah tongkol kayu Sdr. Gimin Ketua Kg. (berbaju biru)


Pak Usop (berbaju putih) ayam masak ungkep x-pert

Hj. Zainal (Pengurus), Hj. Kamit, Hj. Raja (Pengerusi Masjid),
Sdr. Pamuji (Pen. Pengurus Besar Felda Wil. Segamat), Pak Imam Senin
& Tok Mat (Otai.....)
Setelah diperun selama 8 hari 8 malam inilah
tongkol kayu terakhir yang terbakar sebelum semuanya menjadi abu.


0 ulasan: