BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Dari aku

Monggo mampir..... ada berita yang ingin disampaikan, ada cerita yang ingin dikongsi, ada maklumat yang mungkin berguna atau mungkin sekadar sembang-sembang kosong mengisi masa lapang dari catatan aku yang berada di kampung buat sahabat dan teman-teman diperantuan. Semoga dalam kesibukan kerja seharian dapat sejenak melepas kerinduan.

Ahad, 7 Februari 2010

Kampungku dilanda ribut dan hujan air batu

Tanggal 19 januari lalu lebih kurang jam 5.30 petang angin kencang beserta hujan air batu telah melanda kampung aku. Cuaca yang cerah pada mulanya dengan cepat berubah menjadi mendung dan beserta dentuman guruh yang kuat. Ketika itu aku sedang menyiapkan kaunter di bahagian hadapan warungku manakala Pak Tam, Pak Usop dan beberapa orang lagi sedang bersembang di warung Kak Ani bersebelahan warung aku. Tempias hujan yang begitu lebat menyebabkan mereka masuk kedalam kedai, sambil memerhati pokok sena yang hanya tinggal ranting ditiup angin.
Tiba-tiba angin yang kencang datang dari arah barat menyebabkan ranting serta dahan kecil dari pokok sena bertaburan. Tiupan angin kencang yang membawa hujan bersama ketulan air batu menyebabkan bumbung kedai Zakaria atau Yo, bersetentangan dengan warung aku tersingkap.

Kelihatan Kak Jijah yang keseorangan di kedai berkenaan menjadi tidak tentu arah. Habis baju-baju dan barang-barang dikedainya dibasahi air. Aku bergegas kekedai berkenaan untuk membantu ketika angin sudah agak reda sedikit walaubagaimanapun hujan masih lagi lebat mencurah-curah.

Bumbung kedai Yo (kanan sekali) habis tanggal diterbangkan angin

Kayu gulung-gulung beserta zink bumbung yang diterbangkan angin lebih 100 meter

Setelah hujan reda, aku ronda bersama Pemangku Ketua Kampung Sdr. Wagiman meninjau kerosakan rumah yang dialamai oleh warga kampung. Mengikut aduan yang diterima oleh pihak pejabat terdapat 25 buah rumah peneroka, 3 buah rumah kakitangan dan 3 buah kedai mengalami kerosakan bumbung. Bantuan segera di terima dari pihak Felda bagi mengganti bumbung yang rosak.

Terimakasih kepada YB Kamaruzaman ADUN Bukit Permai yang datang pada sebelah malamnya. Turut hadir ADO Kulaijaya dan Penghulu Mukim Sedenak Tok Hamdan. Difahamkan juga Ketua Puteri Bahagian Kulai juga hadir pada malam berkenaan.

Keesokan harinya wakil dari MAIJ dan JKM serta UMNO Bahagian dan juga Kemas datang melawat.

Pada 25hb. Januari satu progam penyampaian sumbangan daripada MAIJ dan JKM melalui Parlimen Kulai telah disempurnakan oleh YB Tn. Hj. Kamaruzaman Bin Ali ADUN Bukit Permai. Turut hadir didalam majlis tersebut En Chuan Yin Hoon Pembantu Khas YB Tan Sri Ong Ka Ting, Ahli Parlimen Kulai, Penghulu mukim Sedenak En Hamdan Bin Yahya, Pegawai Kebajikan Daerah Kulaijaya En Farouk Bin Fathil, Pentadbir Agama Daerah Kulaijaya As Syeikh Tn Hj. Muhammad Fahmi Bin Abd. Samad bersama-sama pemimpin stempat.

Kami warga Kg. Felda Bukit Permai amat berterima kasih kepada kepimpinan yang amat prihatin dan mengambil respon yang cepat selari dengan slogan "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan".

Sebahagian bumbung rumah Kak Ani diterbangkan angin.
Yo (tengah) bersama Haslin dan Kaduk dikedainya yang tidak berbumbung.

Pokok-pokok ada yang patah dan ada yang tercabut di tiup angin kencang.
Pengurus, ADO, YB, Penghulu,

0 ulasan: